Monday, 9 September 2013

Sebelum mata terlena_Hijjaz

sebelum mata terlena dibuaian malam gelita
tafakurku di pembaringan mengenang nasib diri
yang kerdil lemah dan bersalut dosa
mampukah ku mengharungi titian sirat nanti

membawa dosa yang mengunung tinggi
terkapai ku mencari limpahan HidayahMu
agar terlerai kesangsian hati ini
sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

sebelum mata terlena dengarlah rintihan hati ini
tuhan beratnya dosaku tak daya ku pikul sendiri
hanyalah rahmat dan kasih sayang mu
yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu

andainya esok bukan milikku lagi
dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
sebelum berangkat pergi kedaerah sana lepaskan beban ini
yang mencengkam jiwa dan raga ku

selimuti diriku dengan sutra kasih sayangMu
agar lena nanti ku mimpikan syurga yang indah abadi
pabila ku terjaga dapat lagi kurasai
betapa harumnya wangian syurga firdausi oh Ilahi


disepertiga malam sujudku menghambakan diri
akan ku teruskan  pengabdian kupada Mu

sebelum mata terlena dibuaian malam gelita
tafakur ku di pembaringan mengenang nasib diri
sebelum mata terlena dengarlah rintihan hati ini
tuhan beratnya dosaku tak daya ku pikul sendiri

Sunday, 8 September 2013

bertemu kembali

Assalamualaikum..
rasanya mmg da lame sangat tak membebel kt blog ni.. lama sangat2.. so kepada bloggers sejati bertemu kembali.. (care ckp mcm ada org bce lal blog aku ni) haha tak kesahlah..

Tahun ini aku dah last sem.. perasaan? seronok sbb dapat gak mengabiskan pembelajaran dan dah malas nak belaja..hehehe tapi perasaan tu aku tak suka sbb aku tak suka bila diri aku malas belajar.. (ayat keling) huhu dan kawan lah yang menjadi pendorong dan penaik semangat untuk aku habiskan untuk semester yang terakhir ni..

tapi bila pk2 balik rasa macam sedih pulak sbb dah nk berpisah dgn kwn2 kt kuizm tu.. bila kita berkawan kerana Allah ikatan tu kuat jadi mcm tak nak je tinggalkan kuizm tu.. bumi yang bagi aku penuh dengan miracle.. bumi yang telah menyedarkan aku.. mengubah diri aku menjadi insan yang memahami dan mengetahui nikmat islam yang sebenar..

sebenarnya faktor kawan jugak yg bagi aku boleh mempengaruhi dlm 60 percent la dalam mengubah diri aku.. tu sbb ustaz ckp bila nak cari kawan kena cari yg baik2.. cari kwn yg bila kita pandang dia kita ingat Allah..sekarang baru aku sedar akan kebenaran kata2 ustaz tu..dan  Aku sgt bersyukur sbb Allah sudahpun menemukan aku dengan kwn yg macamtu.. tu sbb sedih bila terpaksa berpisah dgn kawan yg mcmtu...

bumi KUIZM ni jgk aku takkan lupa seumur hidup aku (kecuali Allah tarik ingatan aku) sbb di bumi kuizm lah aku menemui diri aku , tujuan aku hidup , dan yg banyak merubah aku menjadi insan yang lebih baik..

Aku bersyukur sangat2 kerana dipertemukan dengan suasana kehidupan yg sangat indah ni.. Thanks to Allah!!